Monday, May 6, 2013

PASCA PRU 13



      
Seperti mana yang diketahui umum Barisan Nasional telah berjaya membentuk sebuah kerajaan walaupun dengan majoriti mudah dan bukannya 2/3 daripada kerusi yang dipertandingkan.
Bagi sesetengah 'blok' di dalam UMNO ia dianggap sebagai kemenangan biarpun tidak dengan bergaya. Bagi mereke ‘winning is winning, either by an inch or a meter’. Dalam satu keadaan benar kata-kata ini tetapi di sudut wira bangsa umno dan pejuang bangsa Melayu di tanah melayu sebenarnya kita gagal. Gagal dalam memastikan semua orang melayu bersatu dan membiarkan kaum Cina (terutamanya) menjadi penentu kepada nasib untung rugi bangsa melayu. Adakah ini satu kemenangan?
Di dalam PRU 13 ini dapat dilihat boleh dikatakan kesemua kerusi yang dipertandingkan oleh DAP telah mencapai sasaran yang diidamkan malah di Pahang dapat dilihat calon DAP berbangsa melayu telah menang dengan bergaya. Di mana kelebihan bangsa cina ini dan mengapa MCA iaitu parti komponen Barisan Nasional tidak mencapai kejayaan yang gemilang. Adakah mereka sudah mula menjadi tidak releven? Bagi pemimpin bangsa cina di dalam MCA, dalihan mereka adalah konsep Barisan Nasional tidak diterima oleh pengundi cina. Adakah ini benar? Atau adakah kerana ketidak mampu pemimpin cina di dalam MCA untuk mengetengahkan inspirasi yang dibawa oleh kerajaan. Sekiranya MCA ingin main permainan perkauman yang dibawa oleh DAP maka kita adalah serupa dengan pemikiran DAP iaitu ‘rasicm’. Dapat dilihat di Pahang sebagai contoh di Parlimen Indera Mahkota secara khusus saluran 6, ada pengundi-pengundi cina tidak memangkah langsung kertas undi Parlimen yang memperlihatkan pertandingan 3 penjuru antara 2 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa India. Apa yang cuba ditunjukkan di sini adalah permainan perkauman yang dimainkan oleh DAP dan secara tidak langsung dengan kerjasama sekutu-sekutu kuat mereka telah meresap ke dalam jiwa dan naluri orang cina. MCA seharusnya dari awal lagi cuba untuk meneutralkan keaadaan. Sekiranya MCA tanyakan kepada UMNO bagaimana, jawapan UMNO adalah “kamu yang seharusnya datang dengan satu solusi dan bukannya meletakkan di bahu pemimpin UMNO terutama sekali Perdana Menteri” di dalam hal ini. Ini dapat dilihat dengan jelas daripada tindakan MCA yang dimana dilihat bagaikan keluar dari tempat persembunyian beberapa bulan sebelum pembubaran parlimen. Tindakan pemimpin MCA yang tidak mengambil peluang media-media yang ada di Malaysia yang dapat dilihat bersetuju dengan perjuangan Barisan Nasional merupakan permulaan kepada kuburnya satu perti komponen Barisan Nasional yang memperjuangkan bangsa cina yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia. Dimana signifikannya terma ‘kewarganegaraan Malaysia’ di sini. Apa yang seharusnya dilakukan oleh MCA adalah memupuk semangat ke Malaysiaan di dalam jiwa-jiwa pengundi cina terutama sekali dari golongan muda. Berdirinya cina di tanah Melayu ini kerana toleransinya bangsa Melayu kepada kaum cina yang sanggup berkongsi tanah datuk nenek moyang mereka dengan bangsa cina yang diketahui oleh umum daripada sejarah bukan orang asal tanah Melayu. Mereka dibawa masuk oleh penjajah british hanya untuk satu tujuan sahaja iaitu bekerja dan bukannya dengan balasan untuk mendapatkan taraf kerakyatan. Tetapi UMNO dengan ramuannya yang tersendiri telah bersetuju untuk berkongsi dengan kaum cina dan india tanah melayu malah ini dapat dilihat daripada tindakan UMNO melantik dua orang pemimpin daripada kaum cina dan india menjadi menteri walaupun sebelum tanah melayu mencapai kemerdekaan. Memang perit untuk menelan sejarah tetapi ianya adalah satu perkara yang perlu diketahui oleh semua pihak.
Seterusnya bagi golongan Melayu dapat dilihat hanya mampu menang sorak sahaja tetapi tidak mengetahui bahawa tanah air datuk nenek moyang mereka sedang dijajah dan jika tidak terjaga dari lamunan akan dijajah di bawah kuasa alaf baru. PAS dan Parti Keadilan Rakyat mengatakan mereka berjaya memastikan kemenangan di tiga negeri, walaupun hakikat yang perit yang tidak dapat ditelan oleh mereka, mereka telah gagal untuk memastikan Kedah masih di dalam peti simpanan tetap mereka. Adakah ini satu kemenangan bagi mereka atau mereka sekadar cuba untuk mengubat luka yang berdarah. Kepada penyokong PAS ingatlah sekiranya anda berpegang kepada ISLAM sebagai wadah perjuangan anda, anda seharusnya malu. Ini kerana Islam tidak pernah mengalakkan anda memecah belahkan sesama Islam dan memenangkan kaum Kafir yang dengan jelas menolak perjuangan yang diperjuangan oleh PAS. Apabila berbicara mengenai perjuangan PAS di sini, bukan dimaksudkan perjuangan PAS kini tetapi perjuangan PAS ketika PAS ditubuhkan, sesungguhnya perjuangan asal ini di segelintir pengikut PAS sendiri percaya ianya telah tersasar jauh.
Bagi UMNO dapat dilihat, pemimpin-peminpin tertinggi dan bawahan telah melakukan perkara yang amat berani dan seterusnya telah membuka lembaran baru di dalam politik UMNO itu sendiri atau dengan kata lain ‘Benchmark’. Momentum yang ada kini tidak seharusnya padam dan harus sentiasa dibakar dari peringkat akar umbi. Dengan memperkenalkan banyak golongan ulama di dalam PRU 13 dapat dilihat bahawa pemimpin tertinggi UMNO percaya bahawa ini adalah apa yang diinginkan oleh rakyat yang ingin pemimpin mereka membawa mereka kearah membuat kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Golongan-golongan ulama di dalam UMNO harus diketengahkan dan harus diingat golongan ulama ini tidak seharusnya dijadikan sebagai ahli politik yang benar-benar berpolitik tetapi pemimpin yang mempunyai ciri-ciri Islam yang sejati yang berani bercakap kebenaran berpaksikan perjuangan UMNO dan bukan menyorokkan kebenaran semata-mata untuk menjaga periuk nasi masing-masing. Kepada golongan ulama yang tidak berjaya memenangi di kawasan masing-masing dinasihatkan menerima keputusan itu dan anggaplah ianya telah tertulis oleh Allah, dan ingatlah perjuangan Islam dan bangsa melayu belum selesai dan sehingga adanya Matahari dan Bulan selagi itulah perjuangan agama dan bangsa harus di perjuangan oleh UMNO.

No comments: