Wednesday, May 22, 2013

AMALAN MEMEGANG LILIN

Ni apa cerita apabila tidak setuju dengan sesuatu di dalam Malaysia ni, orang-orang dok bakar lilin. Yang menariknya ada islam pun yang bakar lilin, apa cerita semua ni. 

Antara gambar-gambar yang aku dapat 

Memanglah apa-apa tindakan yang telah dibuat mesti dilihat kepada niat, tapi tahukan semua 'spirit' disebalik memegang lilin itu?

Banyak bahan bacaan yang dapat diperolehi dari dalam internet yang menunjukkan apa sebenarnya sebab Kritian memegang lilin antara sebabnya adalah kepercayaan mereka mengenai 'Holy Light'. 
Di dalam
http://wiki.answers.com/Q/Why_is_candles_important_to_christian%27s

Candles are important to Christians in that the symbolize the light of God that comes into the world through the birth of his son, Jesus. The light of God will lead a person through life and away from darkness and evil.
"The Candles as Christian Symbols represents the light of God or the light of Christ. Candles are used in processions, at the altar and are lit as a sign of remembrance or to accompany prayer. "

Also, different colors represent different ideas for candles
White Candles represent the liturgical color of Christmas. On Christmas Eve the Christmas wreath has a white candle in the center symbolising purity
and joy. It is known as the Christ candle which represents Christ born on Christmas day.
The Pink candle, the Advent candle used on the third Sunday of Advent traditionally when the congregation was given a break from fasting
Purple candles match the liturgical color of Advent
Some religions use Blue candles during Lent 

Sekiranya di atas adalah benar kepercayaan Kristian mengenai memegang Lilin, mengapa menjadi budaya di Malaysia setiap kali ada pihak tidak puas hati dengan tindakan kerajaan maka berkumpulah Islam ke bukan Islam (bukan Islam kira apa) pakat pegang lilin. Bacalah kalau jahil, jangan buat amalan ini sudahlah. 

Sehinggalah ada ulama ka mufti ka atau bekas mufti tidak bersetuju dengan post ini selagi itulah aku akan berpegang bahawa tindakan pegang lilin ini tak boleh dibuat oleh orang yang beragama Islam.

Tertarik aku dengan apa Tan Sri Harussani cakap mengenai isu pegang lilin ini


Akan ada pihak akan kata fatwa ini tidak terpakai, tapi bagi aku Tan Sri Harussani sebagai Ulamak Malaysia aku yakin dengan apa yang dikatakan oleh beliau.

Nasihat aku kalau tak setuju dengan kerajaan buat sembahyang hajat banyak-banyak, masa pilihanraya pun dah dibuat tapi tidak diperkenankan jadi kena terimalah keputusan Allah itu (kerajaan UMNO menerajui Malaysia).



Tuesday, May 21, 2013

SOKONG BARANG BUATAN BUMIPUTRA - 'BUMI FIRST'


Hari ini aku nak gerakkan promosi "Bumiputra First" dalam Blog aku.

Dan mungkin setiap hari aku akan jejak barangan Bumiputra yang dimana perlu dipromosikan dengan lebih hebat.

Dapat dilihat sekarang ni pengguna banyak kena tipu dengan nama ISLAM atau MELAYU tetapi hakikatnya apabila dibuat proses 'lifting corporate veil' dapat dilihat waaa bukan bumiputra.

Orang mungkin lebelkan aku sebab 'rasis' (balik-balik ayat tu), macam nilah aku MELAYU jadi aku kenalah sokong produk MELAYU kerana MELAYU di Malaysia yang tercinta ini adalah ISLAM. Hasil yang geng-geng ini dapat mereka akan bayar zakat bukan apa MELAYU yang susah dekat Penang kenalah juga tolong bukan semua sokong DAP.


1. SAJI keluaran FELDA





 2.GARDENIA siapa lagi dibelakangnya kalau bukan Tan Sri Mokhtar



3. Apa lagi kalau bukan produk IKS iaitu kerepek. Kerepek ini bukan sahaja MELAYU yang buat tetapi adanya tu Ibu tunggal, bapa tunggal. Yang ni pun kenalah support, apa yang penting baca label dulu...

4. Fsioterapi pun ada bumiputra jugak, kenapa tak percaya...



Ini antara empat produk yang mesti kena support. Yang lain kena buat siasatan terperinci bukan apa 'meragukan'

Ok mari kita mulakan 'BUMI FIRST'

Tuesday, May 7, 2013

ADAKAH AKU RASIS?

  1. 6.5.2013 adalah titik permulaan sebuah kerajaan baru Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO.
  2. 7.5.2013 adalah titik permulaan bagi perjuangan survival bangsa Melayu bagi menerajui sebuah negara yang dikenali sebagi Malaysia.
  3. 7.5.2013 juga adalah tarikh yang dimana akhbar utusan Malaysia menerbitkan artikel "Apa lagi cina mahu?". Adakah salah tajuk itu?. Apa yang dapat dilihat di dalam facebook atau twiter kebanyakan yang menulis mempertikaikan mengapa Utusan Malaysia menulis sedemikian. Dan kebanyakan atau majoriti adalah daripada kaum Melayu. Apa melayu yang menyelar Utusan Malaysia ini sedar atau tidak apa yang diperjuangan oleh Utusan Malaysia atau mereka berlagak untuk menjadi 'ultra Melayu' yang dimana mendedahkan semua pekong di dada.
  4. Sedarlah Utusan Melayu adalah akhbar yang diterbitkan untuk orang Melayu dan telah wujud sebelum merdeka lagi 29.5.1939 yang pada ketika itu menjadi wadah perjuangan dan saluran maklumat kepada orang melayu kerana ia diterbitkan dalam bahasa jawi. Inspirasi itu tidak pernah luntur sehinggalah kehari ini yang dimana dapat dilihat Utusan Malaysia masih lagi memperjuagan survival orang melayu.
  5. Jadi mengapa orang Melayu marah bila Utusan Malaysia mengeluarkan topik itu?
  6. Bukan ada bangsa cina yang baca pun surat khabar Utusan Malaysia. Kalau baca pun untuk apa? cari cerita untuk membangkitkan perasaan benci kepada Melayu. Bagi orang Melayu kini dapat dilihat semangat bangsa Melayu itu sendiri sudah mula luntur terutama sekali yang sokong pejuangan DAP.
  7. Bagi Melayu janganlah ingat kita sekolah kat International Universiti Malaysia, kita kena 'adopt' semangat International itu sangat, ada benda kita masih kena pertahankan contohnya bangsa Melayu, Bahasa Malaysia dan yang lebih penting dari yang pertama dan kedua adalah Islam dan Allah. Ingatlah sekiranya semua ini kita beri laluan kepada bangsa Cina atau mana-mana bangsa lain adakah kita ingat kita akan dapat balik?. Islam mengajar kita untuk toleransi tetapi janganlah sampai kepala dan maruah kita dipijak.
  8. Bangsa Cina dan yang lain-lain kena tahu sampai bila-bila pun Kontrak Sosial itu akan senantiasa wujud dan akan ada pihak yang akan mempertahankannya. Malaysia walaupun ditukar seratus kalipun namanya asal nama itu adalah masih Tanah Melayu.
  9. Dan untuk berkata seperti di atas adakah ia menjadikan saya seorang rasis? Saya rasa tidak. Mereka yang mengata saya rasis dalam menegakkan hak saya sebagi penjaga kepada bangsa saya iaitu Melayu iaitu TUAN kepada Tanah Melayu, mereka itu adalah petualang sebenarnya.
  10. Kini dapat dilihat terdapat beberapa gerakan di dalam Malaysia sendiri yang cuba mempengaruhi rakyat Malaysia untuk tidak mempercayai sejarah Tanah Melayu dan menanam dalam minda orang-orang muda bahawa ia hanya rekaan dan dibuat-buat dan akhirnya golongan ini memberikan contoh bahawa Parti Komunis Malaya adalah HERO dalam perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan negara. Kita heran bagaimana pendapat ini dapat diterima oleh rakyat Malaysia adakah mereka buta sejarah ataupun mereka terlalu ghairah menyokong pembangkang sehinggakan apa yang pihak pembangkang kata walaupun mereka berdusta para penyokong menerimanya bagi mereka apa yang penting UMNO DITUMBANGKAN.
  11. Sesiapa sahaja boleh buat alegasi, tetapi sebagi seorang warganegara Malaysia yang dimana telah diberikan pendidikan tinggi dan pada masa kini boleh berdiri sama tinggi dengan bangsa asing yang satu masa dahulu arahkan kita memanggil mereka 'SIR' malah ada yang lebih tinggi, adakah kita mudah DIMAINKAN sedemikian rupa. Seperti yang selalu saya ungkapkan kepada golongan pembangkan Malaysia ' You guys really insult MY inteligent'.
  12. Apapun saya percaya lebih dari majoriti rakyat Malaysia yang tidak mudah dibeli dengan anasir-anasir yang membawa agenda Yahudi dan kafir dalam perjuangan mereka dan seterusnya meracuni pemikiran rakyat. Ini jelas dapat dilihat daripada keputusan PRU 13 dan kepada golongan majoriti ini saya ucapkan SYABAS.
  13. Akhirnya ingin ditegaskan di sini- AKU MELAYU UMNO DAN AKU BUKAN RASIS.

Monday, May 6, 2013

PASCA PRU 13



      
Seperti mana yang diketahui umum Barisan Nasional telah berjaya membentuk sebuah kerajaan walaupun dengan majoriti mudah dan bukannya 2/3 daripada kerusi yang dipertandingkan.
Bagi sesetengah 'blok' di dalam UMNO ia dianggap sebagai kemenangan biarpun tidak dengan bergaya. Bagi mereke ‘winning is winning, either by an inch or a meter’. Dalam satu keadaan benar kata-kata ini tetapi di sudut wira bangsa umno dan pejuang bangsa Melayu di tanah melayu sebenarnya kita gagal. Gagal dalam memastikan semua orang melayu bersatu dan membiarkan kaum Cina (terutamanya) menjadi penentu kepada nasib untung rugi bangsa melayu. Adakah ini satu kemenangan?
Di dalam PRU 13 ini dapat dilihat boleh dikatakan kesemua kerusi yang dipertandingkan oleh DAP telah mencapai sasaran yang diidamkan malah di Pahang dapat dilihat calon DAP berbangsa melayu telah menang dengan bergaya. Di mana kelebihan bangsa cina ini dan mengapa MCA iaitu parti komponen Barisan Nasional tidak mencapai kejayaan yang gemilang. Adakah mereka sudah mula menjadi tidak releven? Bagi pemimpin bangsa cina di dalam MCA, dalihan mereka adalah konsep Barisan Nasional tidak diterima oleh pengundi cina. Adakah ini benar? Atau adakah kerana ketidak mampu pemimpin cina di dalam MCA untuk mengetengahkan inspirasi yang dibawa oleh kerajaan. Sekiranya MCA ingin main permainan perkauman yang dibawa oleh DAP maka kita adalah serupa dengan pemikiran DAP iaitu ‘rasicm’. Dapat dilihat di Pahang sebagai contoh di Parlimen Indera Mahkota secara khusus saluran 6, ada pengundi-pengundi cina tidak memangkah langsung kertas undi Parlimen yang memperlihatkan pertandingan 3 penjuru antara 2 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa India. Apa yang cuba ditunjukkan di sini adalah permainan perkauman yang dimainkan oleh DAP dan secara tidak langsung dengan kerjasama sekutu-sekutu kuat mereka telah meresap ke dalam jiwa dan naluri orang cina. MCA seharusnya dari awal lagi cuba untuk meneutralkan keaadaan. Sekiranya MCA tanyakan kepada UMNO bagaimana, jawapan UMNO adalah “kamu yang seharusnya datang dengan satu solusi dan bukannya meletakkan di bahu pemimpin UMNO terutama sekali Perdana Menteri” di dalam hal ini. Ini dapat dilihat dengan jelas daripada tindakan MCA yang dimana dilihat bagaikan keluar dari tempat persembunyian beberapa bulan sebelum pembubaran parlimen. Tindakan pemimpin MCA yang tidak mengambil peluang media-media yang ada di Malaysia yang dapat dilihat bersetuju dengan perjuangan Barisan Nasional merupakan permulaan kepada kuburnya satu perti komponen Barisan Nasional yang memperjuangkan bangsa cina yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia. Dimana signifikannya terma ‘kewarganegaraan Malaysia’ di sini. Apa yang seharusnya dilakukan oleh MCA adalah memupuk semangat ke Malaysiaan di dalam jiwa-jiwa pengundi cina terutama sekali dari golongan muda. Berdirinya cina di tanah Melayu ini kerana toleransinya bangsa Melayu kepada kaum cina yang sanggup berkongsi tanah datuk nenek moyang mereka dengan bangsa cina yang diketahui oleh umum daripada sejarah bukan orang asal tanah Melayu. Mereka dibawa masuk oleh penjajah british hanya untuk satu tujuan sahaja iaitu bekerja dan bukannya dengan balasan untuk mendapatkan taraf kerakyatan. Tetapi UMNO dengan ramuannya yang tersendiri telah bersetuju untuk berkongsi dengan kaum cina dan india tanah melayu malah ini dapat dilihat daripada tindakan UMNO melantik dua orang pemimpin daripada kaum cina dan india menjadi menteri walaupun sebelum tanah melayu mencapai kemerdekaan. Memang perit untuk menelan sejarah tetapi ianya adalah satu perkara yang perlu diketahui oleh semua pihak.
Seterusnya bagi golongan Melayu dapat dilihat hanya mampu menang sorak sahaja tetapi tidak mengetahui bahawa tanah air datuk nenek moyang mereka sedang dijajah dan jika tidak terjaga dari lamunan akan dijajah di bawah kuasa alaf baru. PAS dan Parti Keadilan Rakyat mengatakan mereka berjaya memastikan kemenangan di tiga negeri, walaupun hakikat yang perit yang tidak dapat ditelan oleh mereka, mereka telah gagal untuk memastikan Kedah masih di dalam peti simpanan tetap mereka. Adakah ini satu kemenangan bagi mereka atau mereka sekadar cuba untuk mengubat luka yang berdarah. Kepada penyokong PAS ingatlah sekiranya anda berpegang kepada ISLAM sebagai wadah perjuangan anda, anda seharusnya malu. Ini kerana Islam tidak pernah mengalakkan anda memecah belahkan sesama Islam dan memenangkan kaum Kafir yang dengan jelas menolak perjuangan yang diperjuangan oleh PAS. Apabila berbicara mengenai perjuangan PAS di sini, bukan dimaksudkan perjuangan PAS kini tetapi perjuangan PAS ketika PAS ditubuhkan, sesungguhnya perjuangan asal ini di segelintir pengikut PAS sendiri percaya ianya telah tersasar jauh.
Bagi UMNO dapat dilihat, pemimpin-peminpin tertinggi dan bawahan telah melakukan perkara yang amat berani dan seterusnya telah membuka lembaran baru di dalam politik UMNO itu sendiri atau dengan kata lain ‘Benchmark’. Momentum yang ada kini tidak seharusnya padam dan harus sentiasa dibakar dari peringkat akar umbi. Dengan memperkenalkan banyak golongan ulama di dalam PRU 13 dapat dilihat bahawa pemimpin tertinggi UMNO percaya bahawa ini adalah apa yang diinginkan oleh rakyat yang ingin pemimpin mereka membawa mereka kearah membuat kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Golongan-golongan ulama di dalam UMNO harus diketengahkan dan harus diingat golongan ulama ini tidak seharusnya dijadikan sebagai ahli politik yang benar-benar berpolitik tetapi pemimpin yang mempunyai ciri-ciri Islam yang sejati yang berani bercakap kebenaran berpaksikan perjuangan UMNO dan bukan menyorokkan kebenaran semata-mata untuk menjaga periuk nasi masing-masing. Kepada golongan ulama yang tidak berjaya memenangi di kawasan masing-masing dinasihatkan menerima keputusan itu dan anggaplah ianya telah tertulis oleh Allah, dan ingatlah perjuangan Islam dan bangsa melayu belum selesai dan sehingga adanya Matahari dan Bulan selagi itulah perjuangan agama dan bangsa harus di perjuangan oleh UMNO.