Thursday, August 28, 2008

KECELARUAN PERMIKIRAN KANAK-KANAK AKIBAT PILIHANRAYA

Kita baru sahaja lepas dengan satu piliharaya kecil di permatang Pauh yang sesungguhnya masih lagi menjadi buah mulut setiap orang yang benar-benar meminati politik. Sesungguhnya pilihanraya kecil tersebut bukan sahaja meninggalkan kenangan yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh sesetengah pihak malah ia juga telah meninggalkan satu titik hitam dalam masyarakat kita di Malaysia. Apa yang ingin dibangkitkan oleh penulis bukanlah insiden yang berlaku di permatang pauh tetapi kesan di minda kanak-kanak di Malaysia.

Penulis percaya masyarakat Malaysia seperti penulis yang mempunyai anak yang masih kecil dan dalam proses untuk belajar, untuk mengetahui apa itu dan apa ini yang senantiasa menanyakan kepada ibubapa mereka tentang sesuatu isu yang timbul akan mengahadpi masaalah ini, anak-anak kita menanyakan kepada kita ‘apa itu liwat?’.

Apabila penulis menulis mengenai isu ini mungkin ada pihak yang beranggapan bahawa penulis ini adalah orang yang outdated atau tidak pandang kehadapan atau mungkin tidak open minded tentang isu-isu ini dibincangkan secara terbuka termasuk dengan anak-anak. Bagi penulis perkara ini perlu dilihat oleh semua pihak dan antara soalan yang perlu ditanyakan adakah anak-anak kita sudah bersedia untuk mengetahui apa maksudnya liwat?.

Penulis telah didatangani satu insiden yang dimana pada suatu hari anak penulis yang berusia tiga tahun telah datang kepada penulis sebelum tidur dan telah mengadu kepada penulis dan isteri penulis bahawa ‘daddy adam sakit buntut.’ . Penulis agak terkejut dengan apa yang telah diungkapkan dan seterusnya penulis menanyakan kenapa sakit?. Anak penulis mengatakan ‘Abang teh telah cucuk punggung adam dengan jari.’. Abang teh di sini adalah kawan di sekolah tempat anak penulis berada.

Di dalam hati dan otak penulis penulis tertanya-tanya apakah apa yang berlaku di sekolah adalah perkara yang biasa atau ianya timbul akibat anak anak kita telah mula untuk mengekplotasi badan masing-masing kerana sifat ingin tahu dari apa yang telah didengar atau dilihat.

Kempen Politik

Di sini penulis ingin menarik perhatian pembaca tentang kempen politik Barisan Nasional di Permatang Pauh yang dimana dengan jelas dan dengan jelek mengapi-apikan isu liwat Dato Seri Anuar Ibrahim yang masih lagi dalam proses sebutan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan bukannya dalam peringkat Bicara atau Sambung Bicara. Mungkin apabila penulis membangkitkan isu ini sesetengah pembaca akan mengatakan bahawa penulis telah dipengaruhi oleh kempen politik pembangkang di Malaysia. Sesungguhnya pendapat ini adalah disangkah dengan keras.

Apa yang ingin dibangkitkan di sini adalah pada setiap malam dalam masa 10 hari berkempen dan termasuk beberapa hari sebelum hari penamaan calon media-media yang dikuasa oleh kerajaan pemerintah (Barisan Nasional) telah mula menggunakan masa-masa prima negara untuk menunjukkan keburukan calon daripada parti perikatan khususnya berhubung dengan tuduhan liwat ke atas beliau.

Penulis cuba untuk lebih menjadi kritikal, apa akan berlaku sekiranya anak penulis berusia tujuh atau sepuluh tahun. Penulis sesungguhnya percaya dengan kematangan berfikir anak penulis yang kini masih berusia 3 tahun anak penulis akan bertanyakan kepada penulis ‘Daddy apa itu liwat?’. Dan sekiranya ianya benar berlaku adakah penulis bersedia untuk menjawab ‘Liwat adalah satu aktiviti yang dimana seseorang lelaki samaada memasukkan kemaluan beliau dalam dubur seseorang atau seseorang yang membenarkan dubur beliau dimasukki dengan kemaluan satu pihak yang lain’. Atau apa yang perlu dijawab oleh penulis. Penulis boleh untuk hanya mendiamkan diri tapi apa yang akan dibincangkan oleh anak penulis sesama kawan-kawan di sekolah?. Apa pula definasi yang diberikan?.

Sesungguhnya perkara ini mungkin tidak akan berlaku sekiranya parti-parti politik di Malaysia lebih bertanggungjawab di dalam menjalankan kempen-kempen pilihanraya. Sekiranya ingin membangkitkan isu-isu yang sensitive ini tidak perlulah dibawa kehadapan melalui media masa seperti di dalam telivisyen lebih-lebih lagi dalam waktu prima. Pada pendapat penulis anak-anak kita di Malaysia masih mentah berbanding dengan anak-anak yang seusia mereka di negara yang membangun seperti Amerika Syarikat, Jepun malah Australia yang dimana media-media dinegara-negara tersebut tidak mempunyai batasan akan apa yang dipertontonkan malah kita dapat menonton satu drama yang mempunyai adegan-adegan ranjang ringan pada waktu tengah hari dan ini masih di anggap normal kerana ianya bukan adegan yang mempunyai unsur lucah.

Di Malaysia media-media kita telah di arahkan agar segala yang boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat ditandakan sebagai ‘U’ yang mempunyai unsur ganas sebagai ‘SG’ dan yang dimana mempunyai unsur sex sebagai ‘SX’. Dan selaku ibubapa kita bertanggungjawab untuk menghalang anak-anak kita daripada menonton rancangan-rancangan yang diklasifikasikan sebagai ‘SX’ dan ‘SG’.

Bagaimana kita boleh dengan terbuka membincangkan unsur liwat dalam waktu prima sedangkan dalam masa yang sama kerajaan mengklasifikasikan perkara-perkara yang lain seperti yang telah dirujuk oleh penulis di atas.

Pada pandangan penulis, penulis meletakkan kesalahan sekiranya anak-anak kecil ini mempunyai fikiran yang negetif pada masa akan datang kepada kerajaan kini kerana terlalu ghairah untuk menang dalam piliharaya tersebut sehinggakan terlupa apa dasar-dasar yang sedia ada dan mengapa dasar tersebut dicipta pada mulanya.

Penulis juga ingin menyatakan sekiranya pihak kerajaan sudah mula berminat untuk menggunakan media untuk membangkitkan perkara-perkara yang jelek ketika berkempen di dalam media sudah tiba masanya pihak kerajaan menimbang semula banyak dasar-dasar yang sedia ada seperti contoh polisi yang ada yang menghalang mahasisiwa-mahasiswa berpolitik semasa berada di dalam kolej atau di di universiti. Untuk itu akan membuka mata semua pihak bahawa bahawa kerajaan sudah mula berpendapat bahawa semua pihak boleh mengutarakan apa-apa sahaja isu secara terbuka dan pihak yang mendengar boleh samaada menerima atau menolak isu tersebut dan apa sahaja yang diutarakan oleh pihak-pihak tersebut mempunyai efek-efek yang tersendiri termasukklah disaman sekiranya apa yang diutarakan itu adalah satu fitnah.

Justeru itu penulis ingin menyeru kepada kerajaan Malaysia jangan kerana terlalu ghairah untuk mendapatkan sokongan rakyat ia akan memberi kesan kepada generasi-generasi yang sedang membesar. Dan sekiranya apa yang dibuat oleh kerajaan tersebut dinggap halal oleh mufti-mufti dalam Barisan Nasional sendiri maka perlu dikaji semua dasar-dasar yang sedia ada agar ianya tidak dianggap sebagai dasar ‘flip flop’ yang hanya timbul apabila sesuatu isu timbul atau hanya kerana ingin mengekang segelintir pihak yang mempunyai kuasa untuk mempengaruh.

MFY

28/8/2008

No comments: