Thursday, August 7, 2014

BOIKOT MESIR

Tahun 2014 inilah posting yang pertama. Terlalu sibuk...

Tapi hari ini digerakkan juga jari jemari untuk menulis mengenai boikot.

Saya amat memuji rakan-rakan yang setiap hari memukul gendang memboikot produk dari Israel, Produk yang dikeluarkan oleh Yahudi malah produk yang dikeluarkan oleh proxi mereka iaitu Amerika.

Untuk yang cemuh mereka yang boikot ni kalau melayu, wa mau kata 'Lu mau makan lu punya suka lah...pegi mampuslah'. Ada juga makhluk yang tidak mempunyai sesitiviti tahap patung.

Apa yang aku nak bawa hari ni bukan setakat boikot Amerika atau Israel sahaja... aku mahu bawa agenda boikot MESIR juga.


Ini apa cerita ni Mesir dok tak dok beri tekanan tak langsung kepada Palestine ini. Mana perginya ulama' mesir???

Kepada kerajaan Malaysia kita kena haram budak-budak kita untuk belajar di Mesir selagimana mereka tidak membuka laluan kepada keluarga kita di Pelestine.

Kita haram kan juga promosi pelancongan kepada negara Mesir. Setakat nak tengok piramid... google aje. Tekanan perlu diberikan kepada Mesir juga yang mana secara tak langsung nampak cenderung kepada Israel. Tak Payah dok promote sangat Mesir ni...meluat tengok berita pasal Mesir yang jadi orang tengah pendamaian kononnya.



Hidup gaza.......... Semoga saudara ku di sana bersabar dengan dugaan ini.... Bagi al-Qasam...doaku untuk mu wahai pejuang Islam


Monday, October 7, 2013

WHAT'S WRONG WITH 'SHOOT FIRST'

FIRST OF ALL I WOULD LIKE TO CONGRATULATE DATO ZAHID HAMIDI FOR BEING BOLD ENOUGH TO MAKE SUCH REMARK. AS A MALAY I'M TRULY PROUD OF HIM. AND AS GOOD CITIZEN OF MALAYSIAN WE ALL SHOULD SUPPORT HIM.

AS FOR BAR COUNCIL AND OTHER UNSUCCESSFUL POLITICIAN (YOU KNOW WHO YOU ARE) ONLY ONE WORD TO DESCRIBE THIS PEOPLE 'FUCK YOU'(SORRY FOR THE LANGUAGE). THEY THINK THAT THEY HAVE A LOT OF SUPPORTERS. WELL FROM MY OBSERVATION THEY ARE ALL FILLED WITH 'SHIT' AND WHEN THE DIAPER IS FULL CHANGE.
DO YOU KNOW THAT WE THE FRONT LINER OF MALAYSIA SECURITY FEEL UNSAFE DAILY FOR  THE PASS 2 YEARS AND ESPECIALLY FOR THE PASS 8 MONTHS SINCE ALL THE JOKER I.E GANGSTERS (WHICH YOU ARE KEEN TO CALLED THEM AS HERO) START TO SHOOT PEOPLE DURING DAYLIGHT.
WHEN WE DISCUSS ON HUMAN RIGHT, I AGREE EVERY ONE ARE BORN WITH THOSE RIGHT BUT BARE IN MIND AS HUMAN WE HAVE THE POWER TO CHOOSE WHETHER TO BE A CRIMINAL OR A GOOD LEGAL ABIDE CITIZEN. FOR THE CRIMINALS REPENT OR FACE THE MUSIC.
AS FOR PDRM KEEP UP THE GOOD WORK, AS MALAYSIAN CITIZEN I FEEL MORE SAFE DAY AFTER DAY AND I SHARE THIS FEELING WITH OTHER CITIZEN WHO FEEL THE SAME.

SO FROM TODAY ONWARD BOYS

Monday, September 23, 2013

POLITIK OH POLITIK

Two Men Fined For Wrongfully Restraining Bus On GE13

KLANG, Sept 23 (Bernama) -- Two men were fined RM700 and RM7,000, respectively, by the Magistrate's Court here today for wrongfully restraining and smashing the glass window of a bus at Pandamaran here on May 5, the polling day for the 13th general election (GE13).

Magistrate Mohd.Fadhly Yaacob fined Gew Chen Hsiang, a mobile phone salesman, RM700, in default a month's jail, and air-conditioner technician Chua Kian Boon, RM7,000, in default 24 months jail.

He handed down the sentence after Gew, 32, and Chua, 21, changed their not guilty plea to guilty.

Gew was charged with four others still at large with wrongfully restraining a Wawasan Sutera T&T Sdn Bhd bus with 23 passengers on board at Jalan Sijangkang, Pandamaran, at about 3.45pm last May 5.

Chua was charged with a few others still at large with using a rock to smash the glass window of the bus at the same place, time and date.

Prosecution was conducted by Deputy Public Prosecutor Mahmoodah Abd. Latiff, while Gew and Chua were represented by lawyers V. Murali and C. Y. Ng.

Gew and Chua paid the fine.

-- BERNAMA 
 
 

Dua lelaki didakwa tahan, pecahkan cermin bas pada hari pengundian

KLANG: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini masing-masing atas kesalahan menahan secara salah dan memecahkan cermin sebuah bas di Pandamaran di sini, pada hari pengundian pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu.

Gew Chen Hsiang, 33, dari Bandar Bukit Tinggi 2 di sini dan Chua Kian Boon, 21, dari Pandamaran, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka dalam Bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Fathly Yaacob.
Gew, penjual telefon bimbit, didakwa bersama-sama empat lagi yang masih bebas telah menahan secara salah sebuah bas Wawasan Sutera T&T Sdn Bhd yang dinaiki 23 penumpang di Jalan Sijangkang, Pandamaran, pada kira-kira jam 3.45 petang pada 5 Mei.


Dia didakwa mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum sebulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Fadhly membenarkan tertuduh yang diwakili peguam V Murali dibebaskan dengan jaminan RM5,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 7 Jun untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mahmoodah Abd Latiff.

Chua, penyelenggara penyaman udara, pula didakwa bersama-sama beberapa orang lain yang masih bebas, berada dalam rusuhan dan semasa rusuhan itu menggunakan batu sebagai senjata untuk memecahkan cermin bas yang sama, di tempat, masa dan tarikh yang sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mohd Fathly membenarkan Chua dibebaskan dengan jaminan RM5,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 19 Jun untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Mahmoodah mencadangkan supaya kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM5,000 serta seorang penjamin.

Peguam Murali yang mewakili Gew bagaimanapun memohon mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin yang rendah atas alasan anak guamnya mempunyai dua anak kecil dan berpendapatan antara RM2,000 ke RM3,000 sebulan.

Peguam S Ramesh yang mewakili Chua juga memohon mahkamah mengenakan jumlah ikat jamin yang rendah atas alasan anak guamnya telah memberi kerjasama sepanjang siasatan polis.

Beliau turut memohon mahkamah merujuk dua lagi kes sama berkenaan PRU13 di Mahkamah Majistret berasingan pada Jumaat lepas yang mengenakan jaminan rendah kepada tertuduh.

Mohd Fadhly bagaimanapun berkata, walaupun terdapat kes sama yang dituduh pada Jumaat lalu, mahkamah berpendapat satu mesej perlu dihantar kepada masyarakat bahawa tindakan biadap seperti itu tidak harus dilakukan.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius terhadap kesalahan yang dikenakan ke atas tertuduh dan justeru jaminan dikekalkan kepada RM5,000.

Pada Jumaat lalu, Lim Siong Kuan, 32, dan Yap Kwee Heng, 36, mengaku tidak bersalah atas tuduhan terbabit dalam satu rusuhan dan memiliki topi keledar serta besi yang digunakan sebagai senjata untuk memecahkan cermin sebuah bas syarikat City Liner Sdn Bhd di Jalan Mesra, Pandamaran, pada 5 Mei.

- BERNAMA

POLLING DAY RUCKUS : TWO POLITICAL PARTY SUPPORTERS PLEAD NOT GUILTY

POLLING DAY RUCKUS : TWO POLITICAL PARTY SUPPORTERS PLEAD NOT GUILTY

Tuesday, September 3, 2013

INI SEMUA SEBAB PEMBANGKANG

APA SEBABNYA RAKYAK MULA KURANG AJAR DENGAN UNDANG-UNDANG?
JAWAPAN AKU SENANG AJA- SEBAB PEMIMPIN PEMBANGKANG MENYOGOK RAKYAT UNTUK BERSIKAP KURANG AJAR DAN TIDAK PATUH DENGAN UNDANG-UNDANG.
BILA ADA KES ORANG KENA TEMBAK SALAH KAT POLIS TAK JAGA KETENTERAMAN, BILA POLIS SERBU TEMPAT SEMBUNYI DAN KEMUDIAN DIBALAS DENGAN TEMBAKAN BILA POLIS BALAS DAN ADA PENYAMUN MATI POLIS PULAK DIPERSALAHKAN. BODOHLAH PEMBANGKANG INI.
MEREKA TAK TAHU NEGARA JADI KUCAR KACIR MACAM SEKARANG NI SEBAB PERANGAI MEREKALAH. 
YANG TERKINI BILA SALAH SEORANG PENYOKONG PEMBANGKANG DIARAHKAN UNTUK SERAH DIRI MAKAN MASA LAMA NAK SERAH DIRI, TAK KE KURANG AJAR PERANGAI INI. KALAU DAH RASA KIBAR BENDERA 'SANG SAKA' ITU MULIA SANGAT SERAH DIRI.
AKU SETUJU DENGAN NAZRI AZIZ BILA DIA KATA



Semua orang adalah sama. Jika menteri sekalipun, kalau diminta menyerah diri, mesti pergi.
Besar sangat ke A. Samad? Polis panggil, pergi sahajalah," tegasnya

SEMUA TAHU AGENDA PEMBANGKANG ADALAH UNTUK KUCAR KACIR NEGARA MALAYSIA YANG AMAN INI. MEREKA ADALAH PEJUANG KEPADA KEMUSNAHAN KEAMANAN NEGARA ATAU ORANG KEDAH KATA 'DOK NAK PELINGKUP NEGARA'.
AKU BETUL-BETUL HARAP DENGAN GANDINGAN ZAHID HAMIDI DAN KHALID IBRAHIM PIHAK-PIHAK PELAMPAU INI BOLEH DIBENDUNG SEHINGGA KE AKAR UMBI.


HIDUPKAN SEMULA ISA DAN AKTA DARURAT MANA YANG PIHAK 'INTELEGENT' KATA ADA POTENSI MENGUGAT KEPENTINGAN DAN KESELEMATAN NEGARA TANGKAP AJA.

Monday, September 2, 2013

NAIK 20 SEN PUN KECOH


HARI INI HARI PERTAMA HARGA MINYAK NAIK 0.20 SEN. BUKA FACE BOOK SEMUA PAKAT KECOH. YANG PEMBANGKANG AMBIL KESEMPATAN DAN YANG ATAS PAGAR MULALAH MENYESAL PANGKAH BN. MACAM MACAM. 
BAGI AKU 0.20 NAIK AKU RASA OK  TAKLAH BERAT MACAM MASA PAKLAH DULU.
APA-APA PUN AKU RASA EKONOMI MEMANG TAK STABIL DAN BILA KERAJAAN KATA EKONOMI MALAYSIA STABIL AKU TERTANYA-TANYA US PUN GOYAH INIKAN KITA.
BAGI AKU BILA MINYAK NAIK, HANYA KOS MINYAK SAHAJA YANG NAIK, BENDA LAIN MACAM BIASA AJA. INI KERANA AKU MAKAN KAT RUMAH, PAKAI KERETA NGV, JADI PENGANTUNGAN KEPADA MINYAK ITU KURANG.
JADI NASIHAT AKU INILAH MASANYA BINI-BINI YANG MANA TAK PANDAI MASAK ATAU JARANG MASAK DAN HANYA DOK UPDATE STATUS FACEBOOK SEBAB MAKAN KAT TEMPAT-TEMPAT YANG 'MEWAH' TU MULAKAN MASAK. KAMI KAUM LELAKI NI MALAS NAK KATA "TAK SUKA MAKAN LUAR" SEBAB SAYANG BINI OIII... MALAS NAK GADUH. TERINGIN MAKAN MAKANAN BINI MASAK. MACAM AKU ALHAMDULLILAH TUMBESARAN DISEBABKAN BINI MASAK.

TAPI AKU PASTI APA YANG PENTING KERAJAAN PERLU LIHAT ATAS PENGUATKUASAAN HARGA BARANG YANG DIKAWAL HARGANYA. INI KERANA SEMUA BARANG ITU ADALAH BARANG KEPERLUAN HARIAN YANG DIMANA AKAN ADA 'KUTU' YANG AKAN CUBA AMBIL KESEMPATAN UNTUK NAIKAN BARANG WALAUPUN IA TIDAK SEPATUTNYA NAIK.

 
SEBAGAI RAKYAT TERLALU AWAL UNTUK KITA MENILAI TINDAKAN KERAJAAN INI. BERIKAN SEDIKIT RUANG DAN PELUANG UNTUK MEREKA, MERANGKA STRATEGI UNTUK MEMBANGUNKAN EKONOMI. ATAU MUNGKIN MEMPERKENALKAN RON 92 YANG DIMANA LEBIH MURAH DARI RON 95 DAN 97. SATU KAJIAN YANG MENDALAM DIPERLUKAN DALAM MENGKAJI PERKARA INI.
APA YANG PENTING SEBAGAI RAKYAT KITA HANYA PERLU TERUSKAN DENGAN AGENDA HARIAN KITA KERANA KITAKAN PENGERAK EKONOMI SEBENARNYA. KALAU RASAKAN HARGA MINYAK INI MEMBEBANKAN CUBALAH UNTUK KURANG PERBELANJAAN YANG LAIN.

Monday, July 22, 2013

POLIGAMI OH... POLIGAMI

Seminggu ni antara berita yang panas dan sensasi adalah tentang isu Poligami.
Apa sebenar yang menjadi masaalah dengan Poligami? Orang tu nak kawin biarlah.
Aku rasa undang-undang Malaysia berkaitan dengan Poligami ini sungguh ketat dan menyusahkan, dan tidak seharusnya dikarang sedemikian rupa. 
Ini kerana Islam menghalalkan Poligami dan aku percaya Allah menghalalkan Poligami itu kerana dengan tidak menghalalkannya akan menyebabkan seseorang Lelaki Islam itu terjerumus ke dalam lembah maksiat iaitu- ZINA.

gambar hiasan
Di sini aku copy paste Undang-undang keluarga Islam bagi Wilayah Persekutuan.
AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 [CETAKAN SEMULA 2005]
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan kepada Perkahwinan



Seksyen 23. Poligami

(1) Tiada seorang pun lelaki, semasa wujudnya sesuatu perkahwinan, boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan perempuan lain atau perkahwinan yang dikontrakkan tanpa kebenaran sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini:

Dengan syarat Mahkamah boleh jika ia ditunjukkan bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak, memerintahkan perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 123.

[Gan. Akta A902:s.9]

(2) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Wilayah Persekutuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Wilayah Persekutuan dan perkahwinan di luar Wilayah Persekutuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan.

(3) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan menyatakan alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada keizinan atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.
[Pin. Akta A902:s.9]

(4) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati—
    (a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada, antara lain, hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;
    (b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;
    (c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan
[Pin. Akta A902:s.9]
    (d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;
[Pin. Akta A902:s.9]
    (e) [Dipotong oleh Akta A902:s.9].

(5) Suatu salinan permohonan di bawah subseksyen (3) dan akuan yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah disampaikan bersama-sama dengan surat panggilan ke atas tiap-tiap isteri yang sedia ada.

(6) Mana-mana pihak yang terkilan atau tidak puas hati dengan apa-apa keputusan Mahkamah boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran bagi rayuan dalam perkara sivil.

(7) Mana-mana orang yang berkahwin melanggar subseksyen (1) hendaklah membayar dengan serta-merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jumlah itu, jika tidak dibayar sedemikian, boleh dituntut sebagai hutang.

(8) Tatacara bagi akad nikah dan pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini adalah serupa dalam semua hal yang berkenaan dipakai bagi perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Wilayah Persekutuan di bawah Akta ini.

Daripada undang-undang di atas dapat dilihat Mahkamah Malaysia begitu menitik beratkan izin ister-isteri yang dimana tidak dinyatakan di dalam Al Quran. Memang di dalam undang-undang di atas tidak dinyatakan dengan jelas 'IZIN ISTERI' tetapi dengan menetapkan aturan-aturan tersebut tidakkah ianya sama dengan meminta IZIN?
Dalam Surah Al Nisa ayat 3 perkataan yang digunakan adalah 'Dan jika kamu takut tidak berlaku adil'
Aku bukan seorang ustaz tetapi melalui pembacaan penggunaan ayat KAMU di dalam ayat yang tersebut di atas merujuk kepada LELAKI yang berkeinginan untuk menikahi lebih dari satu. Mengapa dalam keadaan di Malaysia, Mahkamah hendak menetapkan syarat yang tidak dinyatakan di dalam Al Quran.
Seseorang lelaki yang ingin menikahi lebih dari satu wanita atau gadis harus tahu tahap keadilan masing-masing ini kerana penikahan ini adalah satu kontrak dalam islam yang dimana ianya antara dua pihak dengan direstui atau dibenarkan oleh Allah selepas ijab dan qabul makan lelaki dan perempuan itu boleh melakukan perkara yang dimana dihalang sebelumnya (ijab dan qabul). Keberatan kontrak itu harus dilihat sebagai satu tanggungjawab yang berat tetapi ianya tidak seharusnya diterjemahkan dengan meletakkan undang-undang yang seolah-olah menghalang seseorang lelaki itu berkahwin lebih dari satu.
Akan ada pihak atau aktivis wanita akan mengatakan- Apa salahnya beritahu kepada isteri atau isteri-isteri yang terdahulu!.
Di sinilah ingin ditekankan dengan pengetahuan isteri atau isteri yang terdahulu akan membuatkan keharmonian rumah tangga yang dibina setalah sekian lama rosak.
Pihak aktivis juga akan juga kata- Kalau dah harmoni kenapa kawin lain?

Di sini lah penulis ingin tekankan APA SALAHNYA KAWIN LAIN?
Senario di Malaysia dalam isu poligami ini begitu pelik yang dimana dapat dilihat ia sebagai satu cara seseorang isteri itu akan menuntut cerai dan akhirnya anak-anak yang menjadi mangsa keaadaan.
Mari kita lihat senario ini- Jika seorang lelaki itu berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri beliau, dan si suami berlagak macam biasa dan keadilan berjaya beliau bawa dan tanpa pengetahuan isteri yang terdahulu- Adakah isteri terdahulu akan menjadi tak tentu arah?
Jawapannya TIDAK. Isteri itu akan melakukan tugas rutin yang biasa si suami melakukan tugas rutin yang biasa, tetapi apabila diketahui kelak sebelum suami meninggal dunia semua akan berubah- KENAPA? padahal selama ini semuanya macam biasa sahaja.
Undang-undang poligami di Malaysia ini seharusnya dipinda dan hanya diletakkan bahawa ' seorang lelaki yang ingin berkahwin isteri yang seterusnya perlu menfailkan di Mahkamah satu surat akuan yang ditandatangani oleh Si Suami, bakal Isteri dan Bakal Wali yang menyatakan persetujuan pihak-pihak untuk meneruskan dengan penikahan dalam hal keaadaan si Lelaki sudah atau sedang mempunyai isteri yang sah'
Dan sehinggalah undang-undang poligami di Malaysia ini tidak memudahkan proses poligami tersebut maka di sini Penulis ingin sarankan kalau masih berhajat untuk meneruskan dengan niat untuk menikahi lebih dari satu tertakluk kepada maksimum 4 maka langsungkanlah di negara jiran yang terdekat di Thailand. Tetapi peringatan JANGAN KAWIN SINDIKET. Bernikahlah di tempah yang sah mengikut syarak. 

Berikut adalah Fatwa Majlis Fatwa Malaysia mengenai hukum Kawin Lari;
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :
  1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah
     
  2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah
     
  3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
     
  4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.
Fatwa di atas dengan jelas menghalalkan perkahwinan di Thailand, maka rintangan yang seterusnya adalah isteri yang awalnya. Ketahuilah sebagai lelaki kita harus tanya diri kita dan sesungguhnya kita maha mengetahui siapa isteri kita- KALAU AKU BERITAHU ISTERI AKU NI KES BESAR ATAU KES KECIK? Kalau beritahu akibatnya akan menyebabkan cerai berai atau isteri akan mengalami sakit kronik kerana MAKAN HATILAH KONONNYA, atau akhirnya anak-anak akan menjadi mangsa keadaan makan JAWAPAN saya- TAK PAYAH BAGI TAHU.
Selagi mana isteri yang kita nikahi di Thailand itu tidak mengandung teruskan dengan kehidupan biasa. Persoalan- Kenapa nak kena tunggu mengandung baru ambil langkah seterusnya?- Sebab utama adalah anak dalam kandungan itu sekiranya penikahan tidak didaftarkan di Malaysia maka anak itu tidak dapat didaftarkan sebagai anak yang sah- MENGIKUT UNDANG-UNDANG NEGARA- tetapi undang-undang ALLAH- SAH.

Maka di sini penulis berharap undang-undang poligami ini dipinda tanpa meletakkan syarat-syarat yang tidak termaktup dalam Al Quran dan Sunnah. Memang niat pembuat undang-undang untuk melindungi kaum Hawa tetapi kita harus ingat soal Jodoh, Ajal, Maut, Pertemuan dan Perpisahan adalah kuasa Allah ini termasuklah sekiranya akhirnya berlaku perceraian. Dalam isu ini undang-undang yang membela kaum hawa yang telah bercerai itu sendir seharusnya dikemaskan.

Untuk itu kaum Hawa jangan Fobia dengan Poligami. Ada banyak kes Poligami yang berjaya dan jangan hanya melihat kepada yang tidak berjaya- kereta BMW pun ada production yang rosak. Apa yang penting- KONSEP KENA BETUL.

Antara contoh sahabat yang berjaya
Penulis berpendapat bahawa sekiranya kaum Isteri ini membantu si Suami dalam berlaku adil di dalam kes poligami- Masya Allah- Syurga Insya Allah.
Akhir kalam apa yang penulis sarankan di sini sekiranya si Suami merasakan ingin menikahi lebih dari satu tetapi terdapat kekangan dari segi undang-undang maka sekiranya nikah sahajalah yang boleh menghalang daripada zina dan dalam masa yang sama sayang dengan keluarga yang ada pada masa kini dan anak-anak adalah eset untuk si Suami masuk syurga maka langsungkanlah perkahwinan di Thailand, tapi ingat dengan setiap penambahan ahli keluarga itu ada hak mereka yang perlu dilunaskan dan semoga Allah menjauhkan kita daripada tergolong dalam golongan orang yang ZALIM.
ALLAH KNOW BEST