Monday, July 22, 2013

POLIGAMI OH... POLIGAMI

Seminggu ni antara berita yang panas dan sensasi adalah tentang isu Poligami.
Apa sebenar yang menjadi masaalah dengan Poligami? Orang tu nak kawin biarlah.
Aku rasa undang-undang Malaysia berkaitan dengan Poligami ini sungguh ketat dan menyusahkan, dan tidak seharusnya dikarang sedemikian rupa. 
Ini kerana Islam menghalalkan Poligami dan aku percaya Allah menghalalkan Poligami itu kerana dengan tidak menghalalkannya akan menyebabkan seseorang Lelaki Islam itu terjerumus ke dalam lembah maksiat iaitu- ZINA.

gambar hiasan
Di sini aku copy paste Undang-undang keluarga Islam bagi Wilayah Persekutuan.
AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 [CETAKAN SEMULA 2005]
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan kepada Perkahwinan



Seksyen 23. Poligami

(1) Tiada seorang pun lelaki, semasa wujudnya sesuatu perkahwinan, boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan perempuan lain atau perkahwinan yang dikontrakkan tanpa kebenaran sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini:

Dengan syarat Mahkamah boleh jika ia ditunjukkan bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak, memerintahkan perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 123.

[Gan. Akta A902:s.9]

(2) Subseksyen (1) terpakai bagi perkahwinan dalam Wilayah Persekutuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam atau di luar Wilayah Persekutuan dan perkahwinan di luar Wilayah Persekutuan seseorang lelaki yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan.

(3) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan menyatakan alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada keizinan atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.
[Pin. Akta A902:s.9]

(4) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati—
    (a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang kepada, antara lain, hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;
    (b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;
    (c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan
[Pin. Akta A902:s.9]
    (d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;
[Pin. Akta A902:s.9]
    (e) [Dipotong oleh Akta A902:s.9].

(5) Suatu salinan permohonan di bawah subseksyen (3) dan akuan yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah disampaikan bersama-sama dengan surat panggilan ke atas tiap-tiap isteri yang sedia ada.

(6) Mana-mana pihak yang terkilan atau tidak puas hati dengan apa-apa keputusan Mahkamah boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran bagi rayuan dalam perkara sivil.

(7) Mana-mana orang yang berkahwin melanggar subseksyen (1) hendaklah membayar dengan serta-merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jumlah itu, jika tidak dibayar sedemikian, boleh dituntut sebagai hutang.

(8) Tatacara bagi akad nikah dan pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini adalah serupa dalam semua hal yang berkenaan dipakai bagi perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Wilayah Persekutuan di bawah Akta ini.

Daripada undang-undang di atas dapat dilihat Mahkamah Malaysia begitu menitik beratkan izin ister-isteri yang dimana tidak dinyatakan di dalam Al Quran. Memang di dalam undang-undang di atas tidak dinyatakan dengan jelas 'IZIN ISTERI' tetapi dengan menetapkan aturan-aturan tersebut tidakkah ianya sama dengan meminta IZIN?
Dalam Surah Al Nisa ayat 3 perkataan yang digunakan adalah 'Dan jika kamu takut tidak berlaku adil'
Aku bukan seorang ustaz tetapi melalui pembacaan penggunaan ayat KAMU di dalam ayat yang tersebut di atas merujuk kepada LELAKI yang berkeinginan untuk menikahi lebih dari satu. Mengapa dalam keadaan di Malaysia, Mahkamah hendak menetapkan syarat yang tidak dinyatakan di dalam Al Quran.
Seseorang lelaki yang ingin menikahi lebih dari satu wanita atau gadis harus tahu tahap keadilan masing-masing ini kerana penikahan ini adalah satu kontrak dalam islam yang dimana ianya antara dua pihak dengan direstui atau dibenarkan oleh Allah selepas ijab dan qabul makan lelaki dan perempuan itu boleh melakukan perkara yang dimana dihalang sebelumnya (ijab dan qabul). Keberatan kontrak itu harus dilihat sebagai satu tanggungjawab yang berat tetapi ianya tidak seharusnya diterjemahkan dengan meletakkan undang-undang yang seolah-olah menghalang seseorang lelaki itu berkahwin lebih dari satu.
Akan ada pihak atau aktivis wanita akan mengatakan- Apa salahnya beritahu kepada isteri atau isteri-isteri yang terdahulu!.
Di sinilah ingin ditekankan dengan pengetahuan isteri atau isteri yang terdahulu akan membuatkan keharmonian rumah tangga yang dibina setalah sekian lama rosak.
Pihak aktivis juga akan juga kata- Kalau dah harmoni kenapa kawin lain?

Di sini lah penulis ingin tekankan APA SALAHNYA KAWIN LAIN?
Senario di Malaysia dalam isu poligami ini begitu pelik yang dimana dapat dilihat ia sebagai satu cara seseorang isteri itu akan menuntut cerai dan akhirnya anak-anak yang menjadi mangsa keaadaan.
Mari kita lihat senario ini- Jika seorang lelaki itu berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri beliau, dan si suami berlagak macam biasa dan keadilan berjaya beliau bawa dan tanpa pengetahuan isteri yang terdahulu- Adakah isteri terdahulu akan menjadi tak tentu arah?
Jawapannya TIDAK. Isteri itu akan melakukan tugas rutin yang biasa si suami melakukan tugas rutin yang biasa, tetapi apabila diketahui kelak sebelum suami meninggal dunia semua akan berubah- KENAPA? padahal selama ini semuanya macam biasa sahaja.
Undang-undang poligami di Malaysia ini seharusnya dipinda dan hanya diletakkan bahawa ' seorang lelaki yang ingin berkahwin isteri yang seterusnya perlu menfailkan di Mahkamah satu surat akuan yang ditandatangani oleh Si Suami, bakal Isteri dan Bakal Wali yang menyatakan persetujuan pihak-pihak untuk meneruskan dengan penikahan dalam hal keaadaan si Lelaki sudah atau sedang mempunyai isteri yang sah'
Dan sehinggalah undang-undang poligami di Malaysia ini tidak memudahkan proses poligami tersebut maka di sini Penulis ingin sarankan kalau masih berhajat untuk meneruskan dengan niat untuk menikahi lebih dari satu tertakluk kepada maksimum 4 maka langsungkanlah di negara jiran yang terdekat di Thailand. Tetapi peringatan JANGAN KAWIN SINDIKET. Bernikahlah di tempah yang sah mengikut syarak. 

Berikut adalah Fatwa Majlis Fatwa Malaysia mengenai hukum Kawin Lari;
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :
  1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah
     
  2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah
     
  3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
     
  4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.
Fatwa di atas dengan jelas menghalalkan perkahwinan di Thailand, maka rintangan yang seterusnya adalah isteri yang awalnya. Ketahuilah sebagai lelaki kita harus tanya diri kita dan sesungguhnya kita maha mengetahui siapa isteri kita- KALAU AKU BERITAHU ISTERI AKU NI KES BESAR ATAU KES KECIK? Kalau beritahu akibatnya akan menyebabkan cerai berai atau isteri akan mengalami sakit kronik kerana MAKAN HATILAH KONONNYA, atau akhirnya anak-anak akan menjadi mangsa keadaan makan JAWAPAN saya- TAK PAYAH BAGI TAHU.
Selagi mana isteri yang kita nikahi di Thailand itu tidak mengandung teruskan dengan kehidupan biasa. Persoalan- Kenapa nak kena tunggu mengandung baru ambil langkah seterusnya?- Sebab utama adalah anak dalam kandungan itu sekiranya penikahan tidak didaftarkan di Malaysia maka anak itu tidak dapat didaftarkan sebagai anak yang sah- MENGIKUT UNDANG-UNDANG NEGARA- tetapi undang-undang ALLAH- SAH.

Maka di sini penulis berharap undang-undang poligami ini dipinda tanpa meletakkan syarat-syarat yang tidak termaktup dalam Al Quran dan Sunnah. Memang niat pembuat undang-undang untuk melindungi kaum Hawa tetapi kita harus ingat soal Jodoh, Ajal, Maut, Pertemuan dan Perpisahan adalah kuasa Allah ini termasuklah sekiranya akhirnya berlaku perceraian. Dalam isu ini undang-undang yang membela kaum hawa yang telah bercerai itu sendir seharusnya dikemaskan.

Untuk itu kaum Hawa jangan Fobia dengan Poligami. Ada banyak kes Poligami yang berjaya dan jangan hanya melihat kepada yang tidak berjaya- kereta BMW pun ada production yang rosak. Apa yang penting- KONSEP KENA BETUL.

Antara contoh sahabat yang berjaya
Penulis berpendapat bahawa sekiranya kaum Isteri ini membantu si Suami dalam berlaku adil di dalam kes poligami- Masya Allah- Syurga Insya Allah.
Akhir kalam apa yang penulis sarankan di sini sekiranya si Suami merasakan ingin menikahi lebih dari satu tetapi terdapat kekangan dari segi undang-undang maka sekiranya nikah sahajalah yang boleh menghalang daripada zina dan dalam masa yang sama sayang dengan keluarga yang ada pada masa kini dan anak-anak adalah eset untuk si Suami masuk syurga maka langsungkanlah perkahwinan di Thailand, tapi ingat dengan setiap penambahan ahli keluarga itu ada hak mereka yang perlu dilunaskan dan semoga Allah menjauhkan kita daripada tergolong dalam golongan orang yang ZALIM.
ALLAH KNOW BEST

Tuesday, July 16, 2013

BILA HANYA KEJAYAAN BANGSA CINA SAHAJA DINILAI

Hari terbaca mengenai anak orang cina yang tidak terpilih untuk memasukki Kolej Perubatan tetapi hanya dibenarkan memasuki Kulliyah Veterina. Menurut anak cina tu sepatutnya beliau masuk sekolah perubatan tapi tak berjaya. Adakah kayu pengukur kepada kelayakan anak cina tu hanya pada 4.00 cgpa?
Mana berita mengenai anak melayu yang dimana dapat 4.00 CGPA tapi tak dapat masuk Universiti. Belambak jugak. 
Anak melayu tu kalau dapat vaterina pun veterinalah, terima ketentuan Allah, yang anak cina ni ambil sahaja lah. Dah nama Universiti Kerajaan. Kalau tak mahu terima tolak sahaja dan kemudian masuk dalam Kolej Swasta. Ni semua nak makan senang.
Anak melayu berlambak nak jadi doktor tapi tak dapat masuk Universiti Kerajaan, disebabkan memang minat nak jadi doktor telah masuk ke koleh perubatan swasta. Mana anak melayu tu ada duit pun semua berharap dengan PTPTN, jadi anak cina ni kalau betul-betul berminat masuk kolej perubatan swasta dan ambillah PTPTN macam anak melayu tu.
Disini aku nak tegaskan Kalau ada anak cina dapat 4.00 cgpa anak Melayu pun ada dapat 4.00 cgpa. Kalau anak cina ni tak dapat masuk Universiti seperti mana pilihan hati , anak Melayu pun sama juga.
Kalau dah minat teruslah masuk kolej perubatan swasta macam anak Melayu minta loan PTPTN. Kalau dapat cemerlang nanti PTPTN tu kan akan dijadikan biasiswa, kenapalah nak politikkan isu ni.
Pesanan penaja JADILAH SEKUAT MELAYU DALAM SEMANGAT KALAU NAK LAWAN MELAYU.

Contoh Melayu yang Kuat semangat dan berjaya. Hidup Melayu.

Sunday, July 14, 2013

APABILA SUDAH MASA MELAYU/ISLAM BERKATA CUKUP KEPADA PROVOKASI BANGSA ATAU AGAMA LAIN DI MALAYSIA

CUKUP. Itu sahaja yang dapat dikatakan pada masa ini kepada pelampau-pelampau dari bangsa atau agama lain di Malaysia.
Provokasi ke atas umat Islam di Malaysia sudah sampai ke kemuncak dan orang Melayu dan Islam Tanah Melayu sudah muat dengan tindakan pelampau-pelampau ini.
Di bulan Ramadhan kita dikehendaki bersabar dengan semua dugaan yang datang termasuklah dengan apa yang dilakukan oleh cina dua ekor Alvin Tan dan Vivian dengan membuat posting yang dimana CUKUP berani. Adakah mereka ingat Melayu mudah lupa dengan apa yang telah mereka lakukan?
Akan mungkin ada beberapa tali barut Melayu daripada blok pembangkang yang akan mengeluarkan fatwa yang mengatakan bahawa ini adalah hak mereka untuk menyampaikan mesej perpaduan. Ini aku nak kata kat depa KEPALA HANGUK HANGPA. Nak biaq lagi?

Kemudian campur tangan paderi Ventican mengenai isu kalimah 'Allah'. Ini apa hal ni? Tapi satu soalan sejak bila kita ada wakil Ventican di Malaysia? Kita patut taruk geng-geng ni bagi depa tau jangan dok sedap mulut cakap pasal ISLAM secara terbuka.
Isu kalimah 'Allah' ni senang dalam Malaysia ini adalah acuan kita.
Kalimah 'Allah' tidak seharusnya diterjemahkan untuk mengambarkan tuhan bagi agama lain. Walaupun apapun hujahan yang mengatakan bahawa zaman dulu kat arab pakai kalimah 'Allah' tapi pada masa kini di Malaysia aka Tanah Melayu kalimah 'ALLAH' hanya boleh diguna pakai oleh ISLAM SAHAJA.




Dah Majlis Fatwa Kebangsaan memberikat fatwa mengenai ini BACALAH UMAT ISLAM MALAYSIA. Kalau tak celik IT ni aku 'cut and paste' daripada website  http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-allah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Keterangan/Hujah: 
 
  1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.
     
  2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh,Elohim dan juga Yhwh.
     
  3. Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.
     
  4. Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
     
  5. Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.
     
  6. Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
     
  7. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.
     
  8. Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.
     
  9. Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.
     
  10. Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.
     
  11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama. 
     
Aku betul-betul harap umat Islam bersatu dalam hal akidah ini. Aku bukan ustaz tapi aku lebih kepada pemikir yang cuba fikir 'cause and effect' daripada apa yang berlaku.

ALLAHHU AKHBAR

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.