Thursday, August 7, 2014

BOIKOT MESIR

Tahun 2014 inilah posting yang pertama. Terlalu sibuk...

Tapi hari ini digerakkan juga jari jemari untuk menulis mengenai boikot.

Saya amat memuji rakan-rakan yang setiap hari memukul gendang memboikot produk dari Israel, Produk yang dikeluarkan oleh Yahudi malah produk yang dikeluarkan oleh proxi mereka iaitu Amerika.

Untuk yang cemuh mereka yang boikot ni kalau melayu, wa mau kata 'Lu mau makan lu punya suka lah...pegi mampuslah'. Ada juga makhluk yang tidak mempunyai sesitiviti tahap patung.

Apa yang aku nak bawa hari ni bukan setakat boikot Amerika atau Israel sahaja... aku mahu bawa agenda boikot MESIR juga.


Ini apa cerita ni Mesir dok tak dok beri tekanan tak langsung kepada Palestine ini. Mana perginya ulama' mesir???

Kepada kerajaan Malaysia kita kena haram budak-budak kita untuk belajar di Mesir selagimana mereka tidak membuka laluan kepada keluarga kita di Pelestine.

Kita haram kan juga promosi pelancongan kepada negara Mesir. Setakat nak tengok piramid... google aje. Tekanan perlu diberikan kepada Mesir juga yang mana secara tak langsung nampak cenderung kepada Israel. Tak Payah dok promote sangat Mesir ni...meluat tengok berita pasal Mesir yang jadi orang tengah pendamaian kononnya.



Hidup gaza.......... Semoga saudara ku di sana bersabar dengan dugaan ini.... Bagi al-Qasam...doaku untuk mu wahai pejuang Islam


No comments: